Monday 18 March 2013

::Sandwich Telur::


Assalamualaikum..
Kebelakangan ni tiba-tiba rasa macam minat makan roti sandwich telur.. Selalu buat sandwich ikan sardin.. Kebetulan family saya nak beriadah di Hot Spring Sg, Klah, Sungkai, Perak.. Jadi selain menyediakan lauk makan tengahari di sana, saya juga menyediakan sandwich telur sebagai hidangan sampingan..

Alhamdulillah, semua sandwich yang dibawa habis dimakan.. Walaupun nampak simple, tapi kalau tak kena baha-bahannya, ada juga yang kurang sedap.. (Ala, kalau tengah lapar, semua bedal juga) Hikhikhik.. Apepun, ni resepi yang saya buat..


Bahan-bahan

Sebungkus besar roti gardenia (tak kisah jenama apa pun sebenarnye)
6 biji telur rebus (kalau banyak isi, sedap)
3 sudu mkn mayonis
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
Marjerin lembut naturel
1 Bawang besar, cincang halus

1 Cili merah, cincang halus
Salad (tomato/timun) -letak ikut selera, cincang halus

 
Cara Penyediaan

  1. Kupas telur rebus, hancur/penyek telur mengunakan garfu..
  2. Letak bawang, cili & sayur salad yang telah dicincang halus.. Tujuan cincang halus supaya dapat menggelak kanak-kanak atau org dewasa (pun ada) yang tak suka makan sayur kutip buang sayur tersebut sebelum makan.. campuran semua ini juga menjadikan sandwich kelihatan ceria dan sedap untuk dimakan..
  3. Letak mayonis dan gaul telur dan bahan-bahan yang telah dimasukkan sama rata.. 
  4. Kemudian, letak lada sulah dan garam secukup rasa..
  5. Sapu roti dengan marjerin terlebih dahulu.. Sapu telur atas roti tersebut dan tekap dengan roti yang lain..
  6. Boleh juga meletak sehelai sayur salad di atas roti sebelum meletak telur.. Terpulang kepada citarasa masing-masing.. 
Senang sahaja bukan? Yang tak pandai masak pun pasti boleh buat.. Tak percaya?? Cuba la dahulu.

Babai.. :)


No comments:

Post a Comment