Thursday 4 April 2013

::Terima Kasih::





Kiniku nikmati kehidupan yang selesa
Dibentuk oleh mereka yang penyayang
Hari silih ganti kami maju ke hadapan
tak kira apa jua halangan

Chorus
 
Terima kasih ku ucapkan padamu
Atas nikmat yang diberi padaku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerna aman sentosa selalu

Kita dididik serta dipimpin
Agar kita semua tidak keciciran
Kita terus berusaha sedaya upaya
Agar menjadi insan yang berguna

...

 
Lagu ini sering kedengaran dan ditayangkan samada melalui radio atau televisyen.. Pertama kali saya mendengarnya, saya menangis.. Lagi-lagi menonton video clip yang ditayangkan.. 

Saya bersyukur kerana dilahirkan di tanah Malaysia..
Tak dinafikan, di hadapan mata saya sendiri, banyak bantuan yang telah keluarga, adik beradik, saudara mara dan diri saya sendiri peroleh untuk jadi seperti sekarang.. Tanpa bantuan tersebut, mungkin hidup saya sekarang ibarat kais pagi makan pagi, kais malam makan malam..

Walaupun saya tidak memegang jawatan yang tinggi, mempunyai harta yang mewah, tetapi saya bahagia dan selesa dengan kehidupan sekarang.. Memang benar itu hasil usaha masing-masing.. Tetapi tanpa bantuan, kita takkan dapat berdiri dengan sendiri..

Tak kira apa pendapat orang lain.. Fikirlah sendiri.. Rasainya sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak..

"Ku pilih MALAYSIA.."

 







Wednesday 3 April 2013

::Rindu Padamu::

...
...
...
...

Saya rindu pada awak..

Walaupun saya tahu awak bukan kepunyaan saya..

Ye, mmg ianya salah..

Tapi apa nak buat jika itu yang saya rasakan sekarang..

 

Saya jauhkan diri dari awak..

Saya buang awak dr FB saya..

Saya cuba buang gambar awak.. 

Tetapi saya tak sanggup.. 


Mengapa kita dipertemukan..??
 
Saya tak salahkan awak.. Saya tak salahkan Allah..

Semua ini dugaan oleh-Nya untuk saya..

Saya kena sabar.. Saya kena tabah.. 


Ada sekali, saya call awak..

Tapi awak tak jawab..

Airmata saya terus menitis..

Sebab saya tahu, awak dah benci pada saya..


Kalau awak baca blog ini, saya nak awak tahu..

"saya amat merindui awak"

setiap hari, setiap masa..

Semoga awak sihat sentiasa.. 
 
Mungkin ini adalah cara terbaik buat kita..
 
Kalau tidak, biarlah masa dan keadaan yang menentukan..