Friday 29 March 2013

::Pameran Pengantin Malaysia 2013::


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

 Jangan lepaskan peluang anda untuk hadir ke Pameran Pengantin Malaysia 2013 anjuran Urbanvibe Events yang sedang diadakan di PWTC sekarang.  Bagi bakal pengantin, belum rancang nak kawin, masih tiada pasangan, malah yang telah berkahwin pun boleh datang ke Pameran ini..

Ye la kan, walaupun bagi yang belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, sekurang-kurangnya pameran ini dapat memberikan info mengenai perkahwinan.. Bolehlah anda sediakan bajet perbelanjaan nanti.. Hehehe..

Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak Urbanvibe Events bagi memeriahkan pameran ini. Anda pasti tidak rugi untuk datang..


Berikut adalah beberapa syarikat dan agensi yang akan membuka booth di sana..







Bukan setakat Butik Pengantin sahaja yang ada, malah perkhidmatan catering, penggambaran, tempahan pakaian dan lain-lain turut akan membuka booth di sana.. Perkhidmatan seperti ini bukan sahaja boleh digunakan pada Majlis Perkahwinan sahaja malah banyak majlis yang boleh disesuaigunakan. 

Oleh itu, bagi yang bukan berniat untuk mengadakan majlis perkahwinan, boleh turut hadir ke pameran ini..

Apa tunggu lagi, penuhi masa anda dengan hadir ke Pameran ini.

Anda pasti tak rugi..

Babai dan semoga bergembira..

p/s : Err, nak g tgk juga.. hikhikhik..



No comments:

Post a Comment