Monday 17 June 2013

Kicap Oh Kicap..

Assalamualaikum.. 

Tengahari semalam saya buat ketam masak lemak sebagai hidangan makan sekeluarga.. Teringgin pula nak makan ketam.. Walaupun bulan belum mengambang sekarang, teringin punya pasal, beli juga ketam.. Selain tu ada juga buat sayur campur dan ikan tenggiri goreng..

Kisah terjadi bila malam menjelma.. Ketam tinggal seekor sahaja untuk 3 orang makan.. Tetapi masih ada ikan tenggiri goreng 3 keping.. Saya pun buat keputusan nak buat masak kicap..

Saya mengambil sebiji bawang besar..cili merah..asam jawa.. Ketika perahan asam jawa dimasak bersama ikan, saya mencari-cari kicap.. Saya jumpa sebotol kicap yang dibotolnya ada banyak gambar kacang soya.. Tiba-tiba mak saya berkata sambil membuka peti ais..


Mak : adik nak kicap soya ke kicap kipas..
Saya : Kicap kipas tu manis ke masin..
Mak : kicap manis

Masa tu saya belek label dibotol kicap saya pegang (yg bergambar kacang soya).. Kicap itu juga adalah kicap manis..

Saya : Eh, sama je la mak..dua-dua kicap manis..
Mak : Tak.. tu kicap soya.. ni kicap manis..
Saya : Alahai maknyeeeee.. semua kicap dibuat daripada soya.. cuma beza masin, manis dengan pekat je.. Huhuhu..
Mak : Oh... ye ke..


Dan akhirnya ikan tenggiri masak kicap saya pun siap.. Mak..Mak.. ish..


Babai..

Friday 14 June 2013

::Kejadian di satu malam::

Assalamualaikum..

Hai, apa khabar? Harap-harap semuanya sihat walafiat.. Aminn.. Hari ni saya nak ceritakan satu kejadian yang berlaku kat saya beberapa hari yang lepas.. Begini ceritanya........

Jam pukul 4.30 petang.. 

Saya masih dipejabat.. Tekun membuat kerja.. (ye ke buat kerja tu???) Tiba-tiba SAMSUNG galaxy note 2 saya menjerit-jerit nyanyi lagu "Andai ku bercinta lagi" oleh MOJO.. Ikut hati malas nak jawab sebab tengah sibuk (padahal nak dgr lagu tu sebenarnya).. Bila jenguk nama yang keluar di skrin, "Khairunissa-UIA".. Member lama ni.. Nak tak nak, saya jawab juga panggilannya..

Khai : Assalamualaikum..
Saya: Wa'alaikumussalam Wrt. Wbt. (Kena jawab lengkap.. maklum la.. yg call tu islamic skit.. hehe) kononnye..
Khai : Wei, cilake.. ape citer.. lama x dgr sore (suara)..
Saya: Lahabau nyer kawan.. cilake dipanggilnye aku.. aku camni jer.. ko pesal buang tebiat kol aku? Nak mampus dah ke??
Khai : Mulut macam "tutt".. hahahaha.. Wei, jom keluar makan malam ni.. ade bende nak story.. 
Saya: Hmmmmmmmm.. katne?
Khai : Greenwood.. Tempat biasa.. kul 8 ok?
Saya: Ok gak..

(Khai ni orang Melaka.. Memang kasar sikit bahasa dia.. Kami pun dah lama berkawan, jadi ayat semuanya memang xde adab budi bahasa langsung.. Tapi kami masing-masing tak terasa kerana tahu ianya sekadar bergurau.. Kalau nak baca kena baca dengan intonasi ejaan tu tau.. baru feel.. hehehe..)

Dan perbualan tu diteruskan selama 15 minit.. Apa cerita seterusnya tu tak payah la nak dipublish kat sini kan.. Objektifnya nak beritahu kawan lama saya ajak jumpa makan malam..

Jam 8.00 malam..

Kami berdua akhirnya berjumpa, peluk-peluk, cium-cium.. Ha, tu tipu.. Tak la sampai cium.. EEEEuuuuuu.. Geli mak!!

Sambil menunggu makanan yang dipesan sampai, kami pun bersembang panjang menceritakan tentang kehidupan masing-masing.. Restoran ni biasanya ramai bermula jam 9 malam ke atas.. Masa kami di sana hanya ada kami dan dua orang lelaki (agak kacak juga) tengah menjamu selera.. Restoran ni bersih juga jika dilihat..

Entah kenapa, tiba-tiba pekerja restoran tu menyembur ubat nyamuk ridsect di bawah kaunter bayaran.. Bagai tersentap jantung.. berpuluh ekor lipas pelbagai saiz keluar daripada kaunter tersebut melarikan diri.. Arggghhhhhhhh... Saya menjerit dari tempat duduk saya.. Semua orang termasuk Khai pandang kaku kepada saya.. 


Itu la lokasi saya duduk.. Tak jauh kan daripada kaunter bayaran.. Huhuhuhu.. Bulu roma saya dah naik meremang..  Kebanyakan lipas tersebut tak lari ke arah saya tetapi mata saya tetap melilau.. mana la tahu kan...... Memang seperti yang dijangka.. ada seekor datang ke arah saya.. (Macam tahu je beliau yang saya tengah takut).. Saya terus naik atas kerusi.. Dah tiada perasaan malu lagi masa tu..Peniaga Restoran dan kawan saya sedaya upaya cuba membunuh lipas itu.. Tetapi lipas itu hilang entah kemana.. 

Mesti ada yang tertanya apa yang terjadi pada 2 lelaki tadi.. Huh!! Ada ke patut mereka duduk ketawa sahaja??!!! geramnnyeeee..

Bila dah pasti lipas tiada.. saya duduk seperti biasa.. Makanan pun sampai.. Bagi Khai yang memang tak gerun langsung dengan si lipas, dia makan mcm biasa je.. Saya pula makan sambil melilau tengok sekeliling.. Ada masa nampak lipas belari-lari anak.. Saya pejam mata.. Akhirnya makanan saya tak dapat nak habiskan kerana dah mual.. terbayang lipas sahaja masa tu..

Saya memaksa kawan saya untuk beredar walaupun dia pun belum habiskan makanan.. Saya siap cakap..

Saya : Wei, jom laaaa... kita g makan tempat lain.. aku tak sanggup dah duk sini.. 
Khai : Ala, rilek la.. dah takde lipas tu.. makanan aku pun x habis lagi..
Saya : Aku sanggup bayar double kat kat untuk makanan ni.. Jom laaa.. Pleasee.. Kita pergi tempat lain..
Khai : Eh, tak payah la membazir.. sedap juga ni..
Saya : Kau bayang ada lipas dalam makanan kau tu..
Khai : Cilake!!


Hahaha.. akhirnya kami beredar daripada Restoran tersebut.. Peniaga tak kenakan bayaran sebab saya dah membebel masa bayar.. Mana tak, dia tetap kenakan bayaran kepada kami walaupun dah buat salah. Tak ada masa lain ke nak sembur?? Kononnya dia kata nak sembur nyamuk sahaja.. Tak sangka lipas pun keluar.. Dah la kami (Eh, saya je sebenarnya) tak boleh habiskan makanan sebab dah geli.. Arggghhhhh...!!!

Saya akhirnya ajak Khai makan Mc Donald aje.. Huhuhu..

Adat la kan.. Semua restoran dan kedai tepi jalan ni walaupun persekitarannya nampak bersih, lipas dan tikus tetap ada.. Memang dah tersurat begitu.. Tetapi agak-agak juga la bila nak buat pembersihan tu.. Masa pelanggan ada janganlah buat.. Bukan semua orang boleh terima..

Lokasi restoran tu saya rahsiakan kerana saya tak nak rosakkan perniagaan orang.. Makanan dan layanan memang bagus.. Pelanggan mereka ramai.. Cuma nasib kami yang tak berapa baik.. Eh, kami ke?? nasib saya je kot.. Hehehe.. Kepada Khairunissa, maaf atas sikap saya malam tu.. Mesti menyusahkan awak.. huhuhu..

Sekian.