Wednesday 20 March 2013

::Hot Spring Sg.Klah::


Assalamualaikum..

Hai semua.. Baru-baru ni family saya membuat "Family Day" di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah yang terletak di Sungkai, Perak Darul Ridzuan.. Ini adalah kali kedua saya ke sana.. Kali pertama atas urusan kerja.. Dapat juga la mandi air panas masa tu dengan kawan-kawan sepejabat..

Mak saya dah lama ajak kami satu family untuk beriadah ke sana. Perancangan dibuat di saat-saat akhir.. Sehari sebelum baru nak tempah penginapan.. Pada mulanya kami bercadang untuk pergi dan balik pada hari yang sama.. Tetapi memikirkan keselesaan untuk menukar pakaian dan berehat, saya terus membuat tempahan.. Alhamdulillah, masih ada kekosongan..


Harga sebuah bilik adalah RM220 (Bukan cuti sekolah). Harga bilik termasuk 2 tiket masuk ke Hot Springs (2 hari) dan 2 kupon Breakfast. Bilik tersebut sangat luas untuk memuatkan 2 keluarga (4 dewasa, 4 kanak2).. Kami mengambil 2 buah bilik dan membawa toto sebagai tilam tambahan.. Kebetulan kami mendapat bilik yang mempunyai pintu sharing, bertambah luas la kawasan bilik untuk budak-budak berlari.. Hehehe..


Untuk makluman, di dalam kawasan Hot Spring tersebut tidak dibenarkan membawa makanan.. Nasib kami tempah bilik, boleh lah makan ramai-ramai selepas mandi.. Ada lagi lauk yang tak diambil gambar.. Budak-budak kacau masa ni.. ish3..


Harga tiket masuk.. Jom tgk gambar sepanjang ada disana.. tak banyak ambil pun sebab yang ambil gambar pun sibuk berendam.. Kebanyakan gambar diambil pada hari kedua.. (abang no-4 with wife n anak dtg pada hari pertama.. dorang tak stay sana..)








 Yang Princess ni sibuk pasang khemah dia.. Nak tidur dalam tu kononnya.. Hehehe








Air Gunung juga ada disini.. Airnya sangat sejuk..








Kalau sesat tak tahu la.. :p










Mak & cucunya..








Breakfast di tempat ni boleh tahan juga.. 







Ha, telur dari luar tak boleh bawa sebab dah ada kedai menjualnya.. Kalau bawa sendiri tak laku la kan..








Kalau datang pada waktu pagi, Kolam air panas ni tak panas sangat.. Budak-budak boleh berendam.. Pada hari sebelum ni (petang), anak-anak buah semua tak nak masuk dalam air panas..


Terima kasih kepada model-model yang sudi gambarnya diambil.. hehehe.. Kenapa gambar saya tak ada?? Sebab saya yang ambil gambar.. Huhuh.. Tak ade sape pun nak offer ambil gambar saya.. 
Kesian kan?? :p wekkk..

Jadi, kepada kawan-kawan semua, harap jangan lepaskan peluang untuk ke tempat ini.. Memang tak akan menyesal.. 

::: Seminggu selepas ke tempat ni..

Mak : Adik, bila nak pergi Air Panas lagi??
Saya : Aik, bukan ke baru minggu lepas pergi..
Mak : Ala, mak nak pergi sana lagi.. best..
Saya : In Sha Allah.. Nanti kita pergi lagi ye..


Okeh, bukan rekaan.. Memang dialog antara anak beranak tu.. Heheh.. Mak kata tempat tu best.. Nyaman, Sejuk.. Sunyi.. Sesuai lau nak tenangkan fikiran atau bagi yang nak suasana romantik..

Hehehe.. thanks for reading..
Babai..










1 comment: