Tuesday 10 December 2013

::Tikar Getah::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Ha, rumah anda pakai tikar getah tak? 
Tikar getah biasanya dipakai di rumah berlantai papan atau simen..
Kebanyakkannya bagi mereka yang tiada bajet untuk buat lantai jubin..
Walaubagaimanapun, ada juga yang memang suka pakai tikar getah..

Bulan lepas as teman abang as beli tikar getah..
Penat kami pusing-pusing dalam Kuala Lumpur mencari kedai menjual tikar getah..
Akhirnya, kami berkenan dengan tikar getah di satu kedai di Jalan Pudu..

Kenapa susah sangat nak cari??
Kedai jual tikar getah ni memang banyak.. 
Cuma harga dan kualiti yang berbeza..
Selain itu, kena juga bandingkan harga setiap kedai..
Corak tikar getah pun berbeza-beza..
Nak pakai lama juga kan..
 


 Ini adalah tikar getah yang ada dijual di kedai tersebut.. 
Harga berdasarkan 1 meter..

 

Pening nak pilih corak.. 
 

Perkara yang perlu dibuat bila rancang nak beli tikar getah:
1. Ukur keluasan lantai
2. Kena tetapkan bajet supaya tak membazir
3. Periksa ketebalan tikar getah
4. Jika kawasan yang nak pasang tikar sempit, ambil corak yang simple dan kecil
5. Warna juga memainkan peranan.. Pastikan sesuai dgn kawasan dan dinding rumah
 

 As syorkan beli tikar getah yang tebal supaya tahan lama, tahan lasak dan tidak licin.
Walaupun harganya sedikit mahal, tetapi amat berbaloi dan puas hati.
Hasilnya akan nampak kemas dan terletak rapi.
 

Abang as pilih salah satu daripada tikar getah di atas ini.. 
Harga semeter RM11..
Beli sebanyak 27 Meter.. Semua sekali RM270.. Dapat diskaun..

Apapun, yang penting adalah bajet dan keselesaan kita.. 
Mulanya nak ambil juga semeter RM7.80 tetapi tikarnya kurang tebal..
Sekiranya tiada bajet, belilah yang murah.. Target pakai 3-4 tahun..
Munkin boleh pakai lebih lama dari tempoh tersebut
Bergantung kepada cara pemakaian..
Mana la tahu nak tukar tikar getah setiap 3 tahun sekali..
Hehehe..
 

Thanks sbb baca post ni..
Babai..

7 comments:

  1. salam, kt mana lokasi kedai jual tikar getah ni ye?

    ReplyDelete
  2. Kt ner kedai ni?

    ReplyDelete
  3. THANKS FOR THE POSTING...I tgh survey kedai jual tikar ni

    ReplyDelete
  4. kat mana ye nak beli tikar getah ni? kat mana kedai ni?

    please reply, tq.

    ReplyDelete
  5. bagus As..memang sedang mencari..akak pikir nak g chow kit je..tapi last a few years la harga nye ok ok la..sekarang entah la...tapi kalau cam ni..akak try p PUDU aje la..sure jumpa pilihan hati..insyaAllah..

    ReplyDelete
  6. aq tau satu kedai kat manjung , perak.. namanya sharas trading .. mereka pemborong tikar getah sekitar perak ngan navy.. aq beli tikar getah ekonor segulung harga rm 150 jer.. siap 27 meter pulak.. aq survey kat kedai cina ngan pakistan sebelah semua jual rm 200 atas.. aq recomend kedai sharas lar..banyak pilihan lagi

    ReplyDelete
  7. hai...
    saya nak cari tikar getah kat ipoh..... ada tak ?kat manjung

    ReplyDelete