Thursday 5 December 2013

::Perhentian Kuih Kampung::

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..
Dah lama as tak update blog ni.. Tiada kesempatan (alasan..)..
This time as nak cerita tentang satu lokasi asam pedas yang as 
baru dapat tau masa pergi Melaka. 
Eh, pergi Melaka sebab hantar barang kepada kawan.. 
Jangan fikir lain-lain ye.. Hehehe..
Kawan as bawa pergi ke sebuah gerai di Bandar Hilir, berhampiran dengan Balai Polis dan Penjara Bandar Hilir. Terletak di jalan Ujung Pasir yg menghala ke Bandar dan berdekatan Hotel Arenna De Luxe Hotel.. 
Gerai tersebut dikenali sebagai Perhentian Kuih Kampung dan 
agak tersorok pada pandangan umum.


Okey, mesti ada yang pelik.. Tadi nak cerita tentang lokasi asam pedas tapi tiba-tiba nama gerai sebut nama kuih kampung pula.. 
Hehehe, sabar..sabar.. 
Sebenarnya mmg ada jual asam pedas di gerai ni..  
Sesuai dgn nama restoren ini, Perhentian Kuih Kampung menyediakan pelbagai pilihan kuih-muih kampung.. Harga kuih ikut jenis..
Ada 3 kpg RM1...ada 40sen dan 70 sen sekeping. 
Pulut kuning dgn rendang pun ada dijual.. Menarik kan??

 

Asam pedas dihidang dengan pelbagai ikan seperti pari, tenggiri, parang, kembung, sembilang, jenahak dan lain-lain. Harga adalah termasuk nasi, telur masin dan timun. Memang berpatutan. 
Minuman popular di sini adalah lo han kuo atau 
air kelapa laut dengan campuran gula Melaka. 
Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis bebola goreng, kepak ayam panggang, tauhu sumbat dan makanan laut goreng turut dijual sebagai makanan ringan.

Masa datang sana, gerai ni pernuh dengan pelanggan.. 
Kebetulan hujan turun dengan lebat.. 
Susah nak ambil gambar banyak-banyak.. 
Segan pun ada.. Hehehe..
Tapi kalau as dapat ambil gambar semua makanan yang dijual, 
pasti anda rambang mata..

Jom!! Cuba singgah dan makan di gerai ini jika ke Melaka.
As yakin anda pasti puas hati..
Babai..



  


No comments:

Post a Comment