Tuesday 23 July 2013

::Wadihana Islamic Steakhouse::

Assalamualaikum Wrt. Wbt.


Salam Ramadhan!! Yey, dah hampir separuh bulan kita berpuasa. Korang puasa tak ni? Hehehe.. Saya doakan semoga Ramadhan kali ini membawa lebih banyak pengertian dan memberi kita peluang untuk meraih pahala yang banyak.

Pada beberapa hari yang lalu, kawan-kawan pejabat saya mengajak untuk berbuka puasa di luar. Sebelum ni, hari-hari berbuka puasa dirumah bersama keluarga tercinta.. Setelah meminta kebenaran daripada Puan Emak, saya pun bersetuju untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan sepejabat.

Saya : So, kat mana kita nak berbuka ni?
Kawan : Haaa, kali ni kita nak berbuka di Wadihana..
Saya : Wadihana?? Restoran Thai ke? Di mana?
Kawan : Ish, tak la.. Makanan Western.. Kat Setapak je..
Saya : Owwhh.. ok.. set..

Hari yang dinanti-nantikan (sgtttt)

Gambar di bawah adalah makanan dan minuman yang kami pesan masa hari tersebut..






Untuk keseluruhan, memang sedap!! Tak rugi makan di sana.. Mengenai harga pula, ianya berpatutan.. Memang kenalah dengan rasa, keselesaan dan perkhidmatan.. Menunya juga pelbagai. Yang paling saya suka adalah pasta alfredo seperti di dalam gambar.. Hehehe..

Jom tgk menu-menu yang ada di sana selain yang kami makan.. 






     Pizza pun ada tau..









 








Satu hari nanti, nak cuba lobster pula.. 
Nampak sedap!!






























Saje je kan masukkan gambar macam ni di bulan puasa.. Hikhikhik.. :p









Berikut saya masukkan beberapa maklumat mengenai Restoran ini..

Alamat: 


G-36, PV128 Jalan Genting Klang, Setapak,  Kuala Lumpur.. 
(Bangunan Kampung Pengantin-Bahagian Belakang)

Waktu Operasi :

Monday - Thursday = 11.30 am until 11.30 pm

Friday = 3.30 pm until 11.30 pm
Weekends = 11.30 am until 11.30 pm



Untuk makluman, Restoran ini juga ada cawangan di Bandar Baru Bangi tau.. Ni alamatnya..

No.2, Jalan Medan Pusat 2C, 3B Curve Business Park, Pusat Bandar Baru Bangi, 
Bandar Baru Bangi, Selangor. 


Tak percaya sedap??? 
Cubalah sendiri!!! :)

Babai..

1 comment:

  1. wahh nampak sedap....
    p/s ade jgak satu penempatan di jb yg bernama Wadihana..

    ReplyDelete