Tuesday 19 February 2013

:: Ikan Laga ::

Assalamualaikum..

Semua orang mesti sekurang-kurangnya mempunyai satu hobi kan.. Hari ini saya nak cerita tentang hobi terbaru saya iaitu membela "ikan laga" Hehehe..

 

Tadaaa.. saya baru beli seekor sahaja.. Yang ni jantan.. Mulanya saya namakan dia Yumi (sebab tak tahu jantina).. Bila dah tahu terpaksalah saya tukar namanya kepada Fifi.. In Sha Allah, petang ni atau esok saya nak cari ikan laga betina pula.. Hehehe.. Macamana saya tau mana jantan mana betina? Dah tentu la saya cari maklumat dalam internet.. 


Ikan laga yg atas adalah betina.. Boleh dilihat ada egg spot bawah badan dia.. Ikan laga Jantan biasanya lebih cantik daripada betina.. 

 

 Anda boleh dapat ikan laga melalui kedai menjual ikan ternakan atau Kedai Haiwan Peliharaan. Ada juga yang menjual melalui laman sesawang.. Harga pula paling murah RM2 hingga RM200 berdasarkan jenis dan kecantikan ikan laga tersebut..

 

Sekiranya anda sudah merancang untuk membela ikan laga, pastikan anda sudah mencari maklumat tentang penjagaan ikan laga.. Bukan main beli macam ikan di pasar ok.. Perkara paling penting adalah:

1) Aquarium/ Bekas / Balang - Cari tempat tinggal yang sesuai untuk ikan laga anda. Di kehidupan liar, ikan laga tinggal dalam sawah padi yang cetek dan luas. Saya membeli bekas jenama Marina. Ada dijual di Kedai Haiwan Peliharaan. Turut disediakan Batu untuk hiasan. Kalau boleh, biar lah bekas tu luas sedikit untuk ikan laga anda berenang..

 

 2) Air - Air yang sesuai adalah air yang bebas klorin. Air tapis dan air masak sesuai untuk ikan anda kerana air ini tidak mengandungi klorin. Kalau anda menggunakan air paip, anda perlu membeli air ubat seperti di atas. Ubat ini akan membuatkan air bebas klorin dan mempunyai bahan aktif yang akan membuat ikan laga anda merasa seperti di habitat asal.


3) Makanan Ikan -  Makanan berbentuk pellet sesuai untuk ikan anda. Ikan laga hanya makan makanan yang muat dengan mulut mereka. Kadang-kadang ikan laga juga cerewet dalam pemakanan. Anda boleh tukar dengan jenis/jenama lain..

Jangan bagi ikan anda makan terlalu banyak kerana ikan laga akan terus makan selagi anda memberinya makan.(Ikut arahan pada label botol). Bagi ikan laga anda makan sehari sekali sahaja.. 

Makanan hidup seperti jentik,cacing kering/dried worm juga bagus untuk ikan anda kerana makanan ini lebih selamat dan bebas dari bacteria/parasit..

Ikan laga mempunyai makanan khas untuknya. Jangan suka-suka memberi makanan ikan jenis lain pula ok..

 

 Jika bekas ikan anda tidak mempunyai penutup macam Fifi ni, pastikan air diisi separuh sahaja kerana ikan laga sangat aktif dan suka melompat.

Nak jaga ikan laga ni sangat senang.. Ikan laga tak perlukan pam oksigen.. Untuk menjaga kebersihannya pula, pastikan anda membasuh bekas ikan laga seminggu sekali.. Basuh dengan air biasa.. Jangan sabun bekas kerana dikhuatiri akan meninggalkan sisa sabun..

 
Alamak, Fifi dah buat buih-buih.. Ini menandakan yang Fifi dah bersedia untuk mengawan.. Kesian Fifi tak ada pasangan lagi.. Nanti mama carikan ye.. Wawawawa, "Mama" konon.. Hehehe..
Selepas ni saya nak cuba untuk membiak ikan laga pula.. Wish me luck!! 
Babai..

5 comments:

  1. pehhh nama nak fifi...
    saya pun nak buat buih-buih juga la...untung2 mama leh carikan pasangan...ahaks

    ReplyDelete
  2. Hehehe.. awak ni spesis ikan laga ekk? :p
    Puas gak fikir nak namakan dia sebab sebelum ni banyak juga bela haiwan lain..
    lau awak buat buih2, psgn awak pla kena tunggu sampai bdn dia ada belang2 baru leh disatukan tau.. hik3..

    ReplyDelete
  3. kalau camtu nak tunggu badan si mama ikan laga nie ada belang2 dulu lah...nak bersatu..hahhaha

    ReplyDelete
  4. nak tanya, air masak tuh adakah air yg kita jerang di dapur lalu y kita minum tuh? *maap, soalan agak bodoh

    ReplyDelete
  5. Yupp air masak. Air yg kita jerang di dapur..

    ReplyDelete