Friday 11 December 2015

::Adab melawat orang sakit di Hospital Kerajaan::

Assalamualaikum..

Hai.. Dah lama tak tulis dalam blog ni.. Start bulan 9, 2015 saya dah letak jawatan.. Sebabnya nak jaga mak sakit.. Kerap pula dia masuk dalam wad kebelakangan ni.. Hari ini hari ke-11 mak ada dalam wad.. mak masuk sebab terjatuh dari katil.. tulang di celah peha patah.. Tak boleh operate sebab risiko tinggi.. Boleh dapat jangkitan kuman dan ubat bius tidak sesuai untuk pesakit buah pinggang..

Sebelum ni mak masuk wad sebab ada masalah jantung dan paru-paru.. Masa dalam wad dia terjatuh dan tulang belakang terhempap.. lama dia tak boleh jalan dan hanya bergerak menggunakan kerusi roda.. seminggu sebelum jatuh katil, mak dah boleh jalan sedikit dengan bantuan frame walk.. Tapi apakan daya, waktu dia nak bangun duduk atas katil, akibat terlalu tepi, dia terjatuh..

Sekarang, saya nak cerita sedikit mengenai adab melawat pesakit di hospital terutamanya di hospital kerajaan..

Ada hospital yg meletakkan beberapa peraturan yg ketat dan ada juga yg tidak terlalu mengikutnya.. Apa pun, kita sebagai orang dewasa yg waras pemikiran haruslah memikir secara positif..

1. Datang melawat pada waktu yang dibenarkan sahaja.. Waktu lain adalah waktu doktor nak merawat pesakit.. Masa tu juga pesakit guna untuk berehat..

2. Jika terdesak dan terpaksa datang pada luar waktu melawat, minta kebenaran jururawat bertugas dan jangan masuk beramai-ramai.. Biasanya hanya seorang sahaja dibenarkan masuk..

3. Tidak berpakaian terlalu seksi dan jarang.. Kalau doktor atau jururawat lelaki tengok, tak fokus pula nak buat kerja.. Bayangkan kalau pesakit lelaki yang tengok, entah-entah bertambah sakit.. Kena heart attack..

4. Tidak membawa budak-budak atau bayi.. Antibodi bayi masih belum kuat lagi.. Mudah dijangkiti pelbagai penyakit.. Kalau bawa budak2 juga, pastikan dijaga.. jangan membuat bising dan berlari sana sini..

5. Bila melawat, jangan masuk beramai-ramai seperti rombongan Cik Kiah.. Kawasan wad tu bukanlah luas sangat..

6. Sila hormat privasi pesakit yg lain.. Rendahkan suara bila bersembang..

7. Jangan sibuk nak tengok atau berdiri di katil pesakit lain.. Tumpukan pada pesakit yang dilawat sahaja..

8. Kalau boleh, janganlah melawat terlalu lama.. Pesakit pun nak berehat.. Memang ada pesakit yang seronok bila ahli keluarga datang.. Rancak bersembang.. Tapi mereka sebenarnya memerlukan rehat yang cukup..

9. Sila guna tandas awam.. Bukan tandas untuk pesakit.. Pihak hospital telah membuat tanda menunjukkan hanya untuk pesakit.. Lihat juga tanda samaada tanda wanita atau lelaki..

Ada lagi beberapa peraturan yang telah ditetapkan.. Kita semua ada akal fikiran.. Boleh fikir mana yang baik, mana yang buruk.. Bayangkan jika kita di tempat pesakit.. Mesti tak selesa..

Bersyukurlah jika masuk di hospital yang melonggarkan peraturan.. Senang kita nak keluar masuk.. Tapi jangan pula kita ambil kesempatan.. Hormat kepada jururawat, doktor dan staff hospital.. Mereka pun dah penat nak berbalah dengan waris pesakit..

Sama-sama doakan mak saya kembali sembuh dan dapat berjalan seperti biasa semula..

Tq!

No comments:

Post a Comment