Wednesday 19 February 2014

::Ana Ikan Bakar Petai::

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Hai kawan-kawan semua..

Restoran Ana Ikan Bakar Petai yang terletak di Bandar Baru Bangi sering menjadi lokasi saya dan family untuk berkumpul dan makan besar.. Lokasi yang sangat sesuai untuk berkumpul.. Bukan sahaja dengan family, jika ada farewell atau majlis kecil-kecilan juga sangat sesuai diadakan di sini.

Minggu lepas, saya dan seorang rakan mengidam nak makan ikan bakar.. Hehehe.. Jadi kami pun bertolak dalam jam 6 petang daripada KL..

Lokasi restoran ini amat mudah untuk dicari sekiranya anda menggunakan lebuhraya plus. Masuk tol Sg. Besi terus sahaja sampai ke persimpangan Bangi. Keluar dr plaza tol akan jumpa Bulatan. 
Masuk simpang pertama (jam 9).. Kalau lihat sebelah kanan, akan nampak Restoran ni terus tetapi tiada simpang masuk ke kanan.. Anda terpaksa drive terus sehingga jumpa lampu isyarat dan buat pusingan 'U'..
Restoran ini terletak bersebelahan dengan Balai Bomba Bandar Baru Bangi.

Senang kan??

Ada juga jalan dalam.. Tetapi banyak lampu isyarat dan simpang.. Kalau nak jimat tol, boleh sahaja masuk di persimpangan Kajang.. Hehehe..

Kami sampai pada jam 6.30 petang.. Alhamdulillah, pelanggan belum ramai lagi.. Sempat la nak bertepuk tampar dengan abg-abg restoran.. Hahaha..

Ini adalah menu kami pada malam tersebut..


Ikan Pari Bakar Petai..


Ketam Masak Pedas..
 
  
Sotong Celup Tepung

 
Keropok Lekor Terengganu Asli..

Ha, ni je menu malam tu.. Maklum la, datang berdua je.. 
Ada banyak jenis ikan seperti siakap, kerapu, bawal, keli dan lain-lain..
Selain itu, ada ketam, sotong, udang dan juga lala..  
Semuanya FRESH..

Mengenai harga pula, bergantung pada harga pasaran..
Pada malam tersebut, kami hanya membayar 
RM55.90 sahaja termasuk air (4cwn) dan nasi (2 pinggan)..

Selalu kalau datang dengan family paling banyak habis pun RM200 lebih.. 
Tetapi amat berpuas hati kerana kesedapan dan dibalas dengan kegembiraan satu keluarga yang memang tak terhingga harganya..

Di restoran ini juga ada disediakan surau sebagai kemudahan orang ramai menunaikan solat.. Ada juga taman permainan bagi kanak-kanak.. Sebab itu dikatakan tempat ini amat sesuai untuk bawa keluarga berkumpul..

Mengenai layanan pula, hmmm.. camner ye.. 
setakat ini bagi saya alhamdulillah, bagus..
Tapi ada juga dengar-dengar cerita yang layanan lambat.. Dapat tempahan yang salah.. Paling tak seronok, tempahan dapat lambat.. 

Harap semua kawan-kawan yang pergi dapat bersabar.. Pelanggan mereka memang ramai.. Bermula jam 6 petang hingga tengah malam.. Mungkin pekerja dah penat.. Huhuhu.. Apa pun, harap banyak yang positif daripada negatif..

Cubalah.. Anda pasti tak akan menyesal.. 

4 Bintang!!

Babai..

No comments:

Post a Comment