Friday 11 December 2015

::Buku Mewarna Untuk Orang Dewasa::

Assalamualaikum..

Hai!! Kebelakangan ini terdengar mengenai satu aktiviti baru yang menjadi kegilaan orang dewasa.. Tahap mana gila tu tak pastilah pula.. Hahaha..

Buku mewarna untuk orang dewasa.. Ala-ala artis pula.. Mungkin ada bakat terpendam yang kita tak tahu.. Aktiviti ini dikatakan boleh mencungkil bakat, mengurangkan stress dan banyak lagi manfaat..

Sebelum ini, ingatkan aktiviti mewarna hanya untuk kanak-kanak sahaja.. Terdapat pelbagai jenis buku mewarna yang mempunyai banyak corak menarik.. Rasa terkejut juga bila dapat tahu buku ini laris bak goreng pisang cheese.. eewwww.. perumpamaan yang tak sesuai.. sangat tak suka pisang goreng cheese.. Sedap lagi cicah sambal kicap.. Opss.. Lari topik sudah..

Akhirnya saya pun terjebak nak beli buku ni.. Hmm..

Kesimpulannya saya tak suka mewarna.. Hahaha.. Nanti nak bagi buku ni kat anak buah.. Biar dia habiskan.. Mewarna bukan minat saya.. Ianya perlu kesabaran yang tinggi..

Tapi bagi yang nak mencuba, silakan.. Boleh mengisi masa lapang..

Selamat mencuba!!

Tq.

No comments:

Post a Comment