Thursday 4 April 2013

::Terima Kasih::





Kiniku nikmati kehidupan yang selesa
Dibentuk oleh mereka yang penyayang
Hari silih ganti kami maju ke hadapan
tak kira apa jua halangan

Chorus
 
Terima kasih ku ucapkan padamu
Atas nikmat yang diberi padaku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerna aman sentosa selalu

Kita dididik serta dipimpin
Agar kita semua tidak keciciran
Kita terus berusaha sedaya upaya
Agar menjadi insan yang berguna

...

 
Lagu ini sering kedengaran dan ditayangkan samada melalui radio atau televisyen.. Pertama kali saya mendengarnya, saya menangis.. Lagi-lagi menonton video clip yang ditayangkan.. 

Saya bersyukur kerana dilahirkan di tanah Malaysia..
Tak dinafikan, di hadapan mata saya sendiri, banyak bantuan yang telah keluarga, adik beradik, saudara mara dan diri saya sendiri peroleh untuk jadi seperti sekarang.. Tanpa bantuan tersebut, mungkin hidup saya sekarang ibarat kais pagi makan pagi, kais malam makan malam..

Walaupun saya tidak memegang jawatan yang tinggi, mempunyai harta yang mewah, tetapi saya bahagia dan selesa dengan kehidupan sekarang.. Memang benar itu hasil usaha masing-masing.. Tetapi tanpa bantuan, kita takkan dapat berdiri dengan sendiri..

Tak kira apa pendapat orang lain.. Fikirlah sendiri.. Rasainya sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak..

"Ku pilih MALAYSIA.."

 







1 comment: