Tuesday 10 December 2013

::Kenapa? Kenapa?? Kenapa???::

Assalamualaikum..

Kenapa bila kita nak cepat mesti ada je yang tak kena..

Grrrr.. Geram betul.. 

Bos tengah tunggu, masa inilah mesin printer/photostat buat hal..

Bukan tu aje.. Kadang-kadang, nak guna stapler, boleh pula dawai kokot tu habis.. 

Betul tak?? Korang semua mesti pernah alami punya la..

Jadi, kita semua kena tenangkan diri dalam buat apa pun.. Jangan kelam kabut buat kerja..

Relaks.. Mesin-mesin tu tahu kita nak cepat.. Sengaja mereka buat hal..

Hehehehe..

 

Believe it or not?? Its happened.. :)

::Tikar Getah::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Ha, rumah anda pakai tikar getah tak? 
Tikar getah biasanya dipakai di rumah berlantai papan atau simen..
Kebanyakkannya bagi mereka yang tiada bajet untuk buat lantai jubin..
Walaubagaimanapun, ada juga yang memang suka pakai tikar getah..

Bulan lepas as teman abang as beli tikar getah..
Penat kami pusing-pusing dalam Kuala Lumpur mencari kedai menjual tikar getah..
Akhirnya, kami berkenan dengan tikar getah di satu kedai di Jalan Pudu..

Kenapa susah sangat nak cari??
Kedai jual tikar getah ni memang banyak.. 
Cuma harga dan kualiti yang berbeza..
Selain itu, kena juga bandingkan harga setiap kedai..
Corak tikar getah pun berbeza-beza..
Nak pakai lama juga kan..
 


 Ini adalah tikar getah yang ada dijual di kedai tersebut.. 
Harga berdasarkan 1 meter..

 

Pening nak pilih corak.. 
 

Perkara yang perlu dibuat bila rancang nak beli tikar getah:
1. Ukur keluasan lantai
2. Kena tetapkan bajet supaya tak membazir
3. Periksa ketebalan tikar getah
4. Jika kawasan yang nak pasang tikar sempit, ambil corak yang simple dan kecil
5. Warna juga memainkan peranan.. Pastikan sesuai dgn kawasan dan dinding rumah
 

 As syorkan beli tikar getah yang tebal supaya tahan lama, tahan lasak dan tidak licin.
Walaupun harganya sedikit mahal, tetapi amat berbaloi dan puas hati.
Hasilnya akan nampak kemas dan terletak rapi.
 

Abang as pilih salah satu daripada tikar getah di atas ini.. 
Harga semeter RM11..
Beli sebanyak 27 Meter.. Semua sekali RM270.. Dapat diskaun..

Apapun, yang penting adalah bajet dan keselesaan kita.. 
Mulanya nak ambil juga semeter RM7.80 tetapi tikarnya kurang tebal..
Sekiranya tiada bajet, belilah yang murah.. Target pakai 3-4 tahun..
Munkin boleh pakai lebih lama dari tempoh tersebut
Bergantung kepada cara pemakaian..
Mana la tahu nak tukar tikar getah setiap 3 tahun sekali..
Hehehe..
 

Thanks sbb baca post ni..
Babai..

Friday 6 December 2013

::Orang Baru::


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Hari ini kita berjumpa lagi.. Alhamdulillah.. Kerja pejabat banyak yang dah siap.. Ada masa ni boleh la update blog as yang x berapa nak meriah.. Huhuhu.. Kita tak la feymes kan.. (Ada aku kisah??)

So, hari ini as nak memperkenalkan orang baru dalam hidup as..

Jeng.. Jeng.. Jeng..

..

..

..

Jangan nak salah faham ye.. 
Orang baru yang as maksudkan adalah anak buah as yang baru lahir pada 06 September 2013.. 
Anak kepada abg as yang sulung.. Ni la pic baby tu bersama dengan maknya..


Abang as berikan nama "Mohammad Syafiq Danial Bin Shahril"
Nama ayah dia pendek je kan.. Hohoho..
Danial merupakan anak kedua abg as.. Yang pertama anak perempuan..
Alhamdulillah.. Dah dapat sepasang anak..
Semoga menjadi anak yang baik dan soleh.. 


Moksu sayang Danial!!
 

 

 

 ini budak banyak susah mau senyum woo..


 

 

Ok, dah besar nanti baru ambil gambar.. sekarang sama aje.. Hehehe..
Kat bawah ni as masukkan gambar dua beradik.. 
Nanti merajuk pula akaknye..

Sayang kamu berdua.. Muahh!!

  

Thanks for reading.. Harap anda semua happy dan ceria hendaknya..

Babai.. :)

Thursday 5 December 2013

::Perhentian Kuih Kampung::

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..
Dah lama as tak update blog ni.. Tiada kesempatan (alasan..)..
This time as nak cerita tentang satu lokasi asam pedas yang as 
baru dapat tau masa pergi Melaka. 
Eh, pergi Melaka sebab hantar barang kepada kawan.. 
Jangan fikir lain-lain ye.. Hehehe..
Kawan as bawa pergi ke sebuah gerai di Bandar Hilir, berhampiran dengan Balai Polis dan Penjara Bandar Hilir. Terletak di jalan Ujung Pasir yg menghala ke Bandar dan berdekatan Hotel Arenna De Luxe Hotel.. 
Gerai tersebut dikenali sebagai Perhentian Kuih Kampung dan 
agak tersorok pada pandangan umum.


Okey, mesti ada yang pelik.. Tadi nak cerita tentang lokasi asam pedas tapi tiba-tiba nama gerai sebut nama kuih kampung pula.. 
Hehehe, sabar..sabar.. 
Sebenarnya mmg ada jual asam pedas di gerai ni..  
Sesuai dgn nama restoren ini, Perhentian Kuih Kampung menyediakan pelbagai pilihan kuih-muih kampung.. Harga kuih ikut jenis..
Ada 3 kpg RM1...ada 40sen dan 70 sen sekeping. 
Pulut kuning dgn rendang pun ada dijual.. Menarik kan??

 

Asam pedas dihidang dengan pelbagai ikan seperti pari, tenggiri, parang, kembung, sembilang, jenahak dan lain-lain. Harga adalah termasuk nasi, telur masin dan timun. Memang berpatutan. 
Minuman popular di sini adalah lo han kuo atau 
air kelapa laut dengan campuran gula Melaka. 
Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis bebola goreng, kepak ayam panggang, tauhu sumbat dan makanan laut goreng turut dijual sebagai makanan ringan.

Masa datang sana, gerai ni pernuh dengan pelanggan.. 
Kebetulan hujan turun dengan lebat.. 
Susah nak ambil gambar banyak-banyak.. 
Segan pun ada.. Hehehe..
Tapi kalau as dapat ambil gambar semua makanan yang dijual, 
pasti anda rambang mata..

Jom!! Cuba singgah dan makan di gerai ini jika ke Melaka.
As yakin anda pasti puas hati..
Babai..