Tuesday 19 February 2013

:: Ikan Laga ::

Assalamualaikum..

Semua orang mesti sekurang-kurangnya mempunyai satu hobi kan.. Hari ini saya nak cerita tentang hobi terbaru saya iaitu membela "ikan laga" Hehehe..

 

Tadaaa.. saya baru beli seekor sahaja.. Yang ni jantan.. Mulanya saya namakan dia Yumi (sebab tak tahu jantina).. Bila dah tahu terpaksalah saya tukar namanya kepada Fifi.. In Sha Allah, petang ni atau esok saya nak cari ikan laga betina pula.. Hehehe.. Macamana saya tau mana jantan mana betina? Dah tentu la saya cari maklumat dalam internet.. 


Ikan laga yg atas adalah betina.. Boleh dilihat ada egg spot bawah badan dia.. Ikan laga Jantan biasanya lebih cantik daripada betina.. 

 

 Anda boleh dapat ikan laga melalui kedai menjual ikan ternakan atau Kedai Haiwan Peliharaan. Ada juga yang menjual melalui laman sesawang.. Harga pula paling murah RM2 hingga RM200 berdasarkan jenis dan kecantikan ikan laga tersebut..

 

Sekiranya anda sudah merancang untuk membela ikan laga, pastikan anda sudah mencari maklumat tentang penjagaan ikan laga.. Bukan main beli macam ikan di pasar ok.. Perkara paling penting adalah:

1) Aquarium/ Bekas / Balang - Cari tempat tinggal yang sesuai untuk ikan laga anda. Di kehidupan liar, ikan laga tinggal dalam sawah padi yang cetek dan luas. Saya membeli bekas jenama Marina. Ada dijual di Kedai Haiwan Peliharaan. Turut disediakan Batu untuk hiasan. Kalau boleh, biar lah bekas tu luas sedikit untuk ikan laga anda berenang..

 

 2) Air - Air yang sesuai adalah air yang bebas klorin. Air tapis dan air masak sesuai untuk ikan anda kerana air ini tidak mengandungi klorin. Kalau anda menggunakan air paip, anda perlu membeli air ubat seperti di atas. Ubat ini akan membuatkan air bebas klorin dan mempunyai bahan aktif yang akan membuat ikan laga anda merasa seperti di habitat asal.


3) Makanan Ikan -  Makanan berbentuk pellet sesuai untuk ikan anda. Ikan laga hanya makan makanan yang muat dengan mulut mereka. Kadang-kadang ikan laga juga cerewet dalam pemakanan. Anda boleh tukar dengan jenis/jenama lain..

Jangan bagi ikan anda makan terlalu banyak kerana ikan laga akan terus makan selagi anda memberinya makan.(Ikut arahan pada label botol). Bagi ikan laga anda makan sehari sekali sahaja.. 

Makanan hidup seperti jentik,cacing kering/dried worm juga bagus untuk ikan anda kerana makanan ini lebih selamat dan bebas dari bacteria/parasit..

Ikan laga mempunyai makanan khas untuknya. Jangan suka-suka memberi makanan ikan jenis lain pula ok..

 

 Jika bekas ikan anda tidak mempunyai penutup macam Fifi ni, pastikan air diisi separuh sahaja kerana ikan laga sangat aktif dan suka melompat.

Nak jaga ikan laga ni sangat senang.. Ikan laga tak perlukan pam oksigen.. Untuk menjaga kebersihannya pula, pastikan anda membasuh bekas ikan laga seminggu sekali.. Basuh dengan air biasa.. Jangan sabun bekas kerana dikhuatiri akan meninggalkan sisa sabun..

 
Alamak, Fifi dah buat buih-buih.. Ini menandakan yang Fifi dah bersedia untuk mengawan.. Kesian Fifi tak ada pasangan lagi.. Nanti mama carikan ye.. Wawawawa, "Mama" konon.. Hehehe..
Selepas ni saya nak cuba untuk membiak ikan laga pula.. Wish me luck!! 
Babai..

Tuesday 5 February 2013

::Asam Pedas Sejati Melaka::



Assalamualaikum..

Saya ni tak la minat sangat makan asam pedas.. Ada satu hari ni, abang saya belanja makan kat Kedai Asam Pedas Melaka Sejati.. Wow!! Masa tu saya perli abang saya.. "adik masak tak sedap ke??" Huhuhu.. Dia pun jawab tuk ambil hati saya.. "Adik masak memang sedap.. Tapi hari ni bagi adik rehat sikit.. biar orang lain masakkan.." Ceh, ada je jawapan dia kannn.. 



Ini la kedainya.. Terletak di Kg. Pandan, Kuala Lumpur.. Kedainya tak la besar mana pun.. Kecik je.. Suasana pun biasa-biasa.. Dalam hati "Kalau popular dan sedap, takkan tak renovate kedai cantik-cantik" ish, tapi bila difikirkan semula, "dont judge a book by its cover.." Huhuhu.. Kedai ni dibuka Isnin hingga Ahad (Ditutup pada hari Jumaat).. Waktu Perkhidmatan pula 12 Tengahari hingga 4 Petang.. Disambung semula jam 7.00 Malam hingga 12 Tengahmalam..


Masuk je kedai tu, kita pilih ikan.. Masa datang ni, ikan dah banyak habis.. Ada ikan pari, ikan tenggiri, ikan merah dan lain-lain (lupa nama ikan tu sebenarnya.. Hahaha).. Dah pilih, bagi kat pekerja kedai..


Masa dah bagi ikan tu, boleh order menu tambahan iaitu telur dadar, ikan masin, ayam goreng atau burung puyuh goreng. Jika nak ikan tu digoreng pun boleh juga..


Bila dah duduk, pekerja akan hidang nasi, sambal belacan, telur masin dan sedikit ulam. Kami pergi tu dalam jam 1.15 Petang.. Ada la beberapa pelanggan masa tu.. Tengah menunggu, tiba-tiba kedai jadi penuh dengan pelanggan.. Erk, memang sedap la agaknya.. Abang saya beritahu, kedai ni memang selalu penuh..


Tadaaa.. dah siap pun asam pedas.. Berasap-asap masa sampai di meja.. Masa ni kami order asam pedas ikan pari.. Hmm, dari 5 bintang, saya bagi 4.. Sedap juga rupanya.. Bagi saya dan abang saya la kan.. Hehehe.. Harga bagi saya biasa-biasa je (sbb abang bayar).. Eh, tak.. serius.. memang berpatutan la..

Kalau tanya abang saya, "antara adik punya dengan kedai ni, mana sedap??"

Dia akan jawab.. "Lebih kurang sama je.."

Ceh, jawapan selamat..

Babai..





::Ikan Bakar Bellamy::


Assalamualaikum..

Siapa di sini suka makan ikan bakar? Saya suka sangat ikan bakar.. Nasib baik kat KL ni ada tempat makan ikan bakar yang sangat-sangat sedap. Ianya terletak di Jalan Bellamy, KL.. Belakang Istana Negara.. Bagi yang jarang lalu kawasan ni memang susah nak cari sebab jalannya masuk ke dalam sedikit daripada Lebuhraya utama ::GPS Coordinates: N3 07.835 E101 41.686:: ..

 Tapi kalau dah tahu senang aje sebenarnya. Di situ ada Medan Ikan Bakar.. Ada la dalam 4 buah kedai.. Tapi saya paling suka Gerai No. 3.. 


Waktu operasi kedai ini Isnin - Sabtu, jam 10.30 pagi hingga 3.00 petang. Mereka tidak beroperasi pada waktu malam.. Walaubagaimanapun, kedai No. 1 & No. 2 tetap dibuka pada waktu malam.. 

Gerai No. 3 ini sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira hari bekerja atau hari cuti.. Kalau datang waktu lunch memang kena beratur dan tunggu meja kosong.. Hehehe..


Abang ni la yang bakar-bakar.. Dia seorang je buat.. Memang dasyat la dapat bertahan dengan haba panas lagi-lagi waktu tengahari.. Tengok dia selamba je.. Hehehe..


Kat sini semuanya kena layan diri kecuali air.. Kalau nak ikan, kena beratur, ambil pinggan dan pilih sendiri.. Sambal kicap, sambal belacan dan nasi pun kena ambil sendiri..


Antara lauk-pauk yang telah siap dibakar dan sedia dimakan.. Yummy!!


 

Mungkin ada yang tak suka makan ikan bakar tetapi dipaksa ikut.. Jangan risau.. di gerai ini turut menyediakan lauk-pauk seperti di dalam gambar.. 



Sotong Bakar.. Rempah yang digunakan memang sedap.. Itu yang membezakan kedai ini dengan kedai-kedai yang lain..



  Ikan terubuk pun ada tetapi saya jarang ambil kerana susah nak makan dan ambil masa.. Nasib la tak berapa minat.. Kalau tak, memang sanggup makan.. Menu wajib saya ialah ikan keli, ikan pari dan sotong..


 Sambal belacan dan sambal kicap kedai ini juga amat sedap.. 
Diulangi, AMAT SEDAP OK..


Kepada peminat ikan bakar terutama yang duduk di KL, jangan lepaskan peluang untuk mencuba ikan bakar di sini.. Harga pun berpatutan.. Tapi kalau nak datang, datang awal-awal.. 

Babai..