Wednesday 30 January 2013

::Gulai Masam Ikan Kembung::


Assalamualaikum..

Hai semua.. Tengah tengok-tengok dalam album gambar di dalam hp saya.. Tiba-tiba terlihat gambar lauk "Gulai Masam Ikan Kembung" yang saya masak sebelum ni.. Masa ambil gambar ni, saya masukkan dalam fb sebab masa tu ada beberapa kawan saya yang tak tahu apa itu gulai masam.. Mungkin sebutan di beberapa negeri tak sama.. Di sebelah utara kami sebut "Gulai Masam".. Di sebelah Selatan pula disebut sebagai "Kuah Pindang".. Di sebelah timur disebut sebagai "Singgang".. Tapi mungkin bahan-bahannya ada beza sedikit.. 

Masakan ni adalah masakan yang amat mudah.. Sesuai di makan bila-bila masa terutama ketika demam.. Bagi penggemar seperti saya, setiap kali makan, pinggan saya akan banjir dengan kuah.. Bila nasi dah habis, kami akan hirup kuah dari pinggan.. Hahaha.. terukkan.. Tu masa kecil dahulu.. Sekarang dah sopan santun sedikit..Kali ni saya masukkan resepi "gulai masam ikan kembung" untuk anda..

 

Bahan-bahan ( 3-4 orang )


  • 2 ekor ikan kembung (Kalau besar potong dua)
  • 6 tangkai cili kering / cili merah (kalau nak pedas letak lebih)
  • 2 ulas bawang merah
  • Belacan (besar ibu jari)
  • Sebatang serai - dititk
  • 3 tangkai daun kesum
  • 2 keping asam gelugur
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

  • Tumbuk cili kering atau cili merah, bawang merah, belacan bersama sedikit garam sehingga lumat.
  • Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk.
  • Masukkan sekali kesemua bahan-bahan lain termasuk ikan kembung.
  • Last sekali, masukkan air hingga paras ikan. 
  • Masak atas api hingga mendidih. Pastikan ikan masak.
  • Sedia untuk dihidangkan

p/s : ada setengah orang suka letak belimbing buluh.. Terpulang pada orang yang nak makan.. Tapi akan lebih masam.. Kena seimbangkan rasanya nanti..

Selamat mencuba!! 

Babai..








Tuesday 29 January 2013

::Asam Pedas Ikan Pari::



Assalamualaikum
Hari tu saya masak asam pedas ikan pari.. Kebetulan ada beberapa kawan datang rumah.. Memang langkah kanan sungguh.. Niat sebenar masak nak bawa ke rumah mak.. Hehehe.. (Nanti adik masak yang lain ye mak..)  
Saya pun ajak mereka makan sekali.. Sedang makan, mereka minta resepi.. Ada baki sekeping ikan pari dan sedikit kuah pun salah seorang kawan ni minta untuk dibawa balik.. Hehehe.. Alhamdulillah.. Tak pasti samaada sedap atau tidak tetapi kalau habis tu maknanya ok la kan.. Jadi di sini saya masukkan resepinya. Selamat mencuba ya!!


Bahan-Bahan (Kisar) :  
  • 1 labu bawang besar  
  • 5 biji bawang merah  
  • 25 tangkai cili kering  
  • 1 inci halia  
  • ½ sd teh lada hitam  
  • 1 inci kunyit hidup  
  • 2 ulas bawang putih  
  • sedikit belacan

Bahan-Bahan (Tumis):
  • ½ sd teh halba 

Bahan-Bahan Lain:
  • 5 keping ikan pari (dibersihkan) 
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 1 mangkuk lada mesin / cili boh
  • 3 sudu besar asam jawa campur dgn 3/4 cawan air
  • 1.5 liter air
  • 5 biji bendi / terung
  • 1 sudu garam
  • 4 tangkai daun limau purut / daun kesum
  • Sedikit gula (Secukup rasa)
  • sedikit garam (Secukup rasa) 


Cara-cara Penyediaannya:
  • Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis halba hingga kekuningan.
  • Masukkan bahan kisar dan garam.. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan lada mesin atau cili boh.. Kacau sehingga lada masak..(guna api sederhana)
  • Masukkan air asam jawa dan kacau sehingga naik minyak.
  • Masukkan ikan pari dan daun kesum atau daun limau purut.
  • Masukkan bendi atau terung yang telah dihiris dan bahan-bahan lain.
  • Tutup periuk dan reneh dgn api kecil sehingga kuah pekat.
  • Biarkan selama 5 minit.
  • Sedia untuk dihidangkan.     
Tak hias pun pinggan tuk asam pedas tu.. Teruk kan? Hahaha..
Terima kasih.
Babai.. 

:: Serawa Durian ::


Assalamualaikum.. 

Masa musim buah durian hari tu, kebetulan saya jatuh sakit.. Demam.. Batuk-batuk.. Huhuhu.. Tak dapat join kawan-kawan pergi makan durian.. Bila dah baik je, tak fikir sepuluh kali dah.. Ajak kawan beli durian sampai 10 biji.. "amik kau.." Semua yang jenis berkualiti.. Isi cantik.. Hehehe.. bila dah tak larat nak habiskan, mulalah otak masing-masing fikir nak buat apa dengan baki durian..

Ha, salah satu menu yang saya buat.. Serawa Durian.. Atau dikenali sebagai Kuah Durian.. Kebetulan masa nak masak, hari hujan dengan lebatnya.. Memang kenalah sangat makan Serawa Durian masa-masa ni.. Nak buat Serawa Durian ni amat mudah sekali..

Untuk sesiapa yang suka tapi tak tahu nak buat macamana, saya bagi resepinya di sini..


Bahan-Bahan
  • 7-8 ulas durian (2-3 orang makan)
  • Santan sederhana pekat secukupnya
  • Gula ikut manis (gula melaka/gula putih)
  • 1 helai daun pandan ~ simpul  
  • Sedikit garam
  • Sedikit Air (jika perlu)

Cara-Cara
  • Jerang santan bersama2 dengan gula, daun pandan & garam. 
  • Biar mendidih & pastikan sentiasa di kacau. Masukkan air jika nak lebih banyak kuah.
  • Masukkan isi durian & kacau sentiasa hingga nampak sedikit pekat bolehlah matikan api. 
Hidang serawa durian bersama dengan pulut atau boleh juga dicicah dengan roti putih. Pilihan saya roti je.. Hehehe..

Senang kan? Selamat mencuba..
Babai..












    

:: Kilang Coklat Beryl's ::

Assalamualaikum..

Siapa di sini suka makan coklat? Haa, kali ni saya nak cerita dan beritahu kepada anda semua di mana anda boleh dapatkan coklat yang sgt berkualiti dan sedap.. Dah sedia nak baca..?? Jom!!!



Apa itu coklat?

Coklat adalah makanan istimewa yang diproses yang dibuat daripada biji pokok koko. Pokok koko, berasal dari hutan tropika Amazon, adalah pokok malar hijau keluarga cola. Coklat adalah campuran koko panggang, mentega koko, dan gula yang sangat halus.  

Coklat tanpa gula (atau pahit) yang terdapat di dataran dan tanah coklat semulajadi yang kaya dari biji koko. Ia mempunyai rasa yang berlemak dan sesuai untuk membakar dan memasak.  

Coklat manis dan coklat dengan pelbagai ramuan lain juga semakin banyak dicipta dan disediakan.


 

 Objektif kilang Beryl's adalah untuk menyampaikan coklat terbaik di Malaysia.
 Untuk memastikan bahawa coklat mereka mengekalkan rasa hebat yang sama setiap masa, mereka hanya menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Ini termasuk kacang dari Ghana, sumber global yang diiktiraf biji koko yang terbaik..


  Apabila lepas pintu masuk anda akan dapati ruang di dalam hampir-hampir kosong dengan tiada orang di kaunter depan. Ruangan dalam seperti rumah orang kaya.. Anda perlu lihat ke kanan dan anda akan jumpa kedai dimana coklat Beryl’s dijual. Kedainya cukup selesa dengan hawa dingin dan pelbagai barangan coklat Beryl’s di sekitar kedai.



Coklat-coklat ini sesuai untuk dihidangkan untuk pelbagai acara. Masa saya pergi, Kilang ini sedang membuat jualan sempena Hari Raya Aidilfitri. Harga-harga coklat memang murah.. Kalau tak ingat dunia, memang nak beli semua jenis coklat yang ada lagi-lagi masa tu tengah puasa. Hehehe..


Coklat Beryl's ini dijamin halal.. Jika anda ingin membeli coklat, saya syorkan untuk datang membeli di kilang Beryls kerana lebih banyak pilihan daripada kedai di luar dan harga yang sedikit murah.


 Tempat letak kereta kosong berhampiran memang banyak diluar tetapi kalau anda sedang membeli dengan banyak agaknya anda boleh pandu ke dalam untuk lebih senang mengangkut. 

 


Kualiti coklat Beryl’s memang cukup baik dan saya dapati kacang almondnya cukup rangup manakala coklat gelapnya cukup pahit manis, coklat putihnya cukup berlemak dan coklat susunya cukup sedap.. Sesetengah coklat Beryl’s yang berperisa seperti tiramisu dan mint pun agak sedap juga bagi yang menggemarinya.



Terima Kasih.. Babai..












 

Friday 25 January 2013

::Teluk Senangin, Perak::

Assalamualaikum
Hari ini saya nak ceritakan mengenai salah satu tempat peranginan yang pernah saya dan family pergi. Teluk Senangin, Lumut, Perak.. Berdekatan dengan Teluk Batik. Masa ni kami semua berkumpul saudara- mara.. Ramai-ramai barulah meriah kan?? hehehe..

  

Dari simpang masuk jalan utama lebih kurang 15 min memandu kereta barulah sampai ke pintu gerbang ni.

 

Hadiah-hadiah yang disediakan untuk sukaneka nanti..

 

Antara barang-barang masakan yang dibawa ke sana.. 



 Ni chalet mak, saya ngan opah.. Masa ni kami sewa 5 buah chalet.. Semuanya sederet menghadap laut. Ada bilik yang mempunyai penghawa dingin dan televisyen. Ada yang hanya menpunyai kipas. Apa-apa pun, bilik tidur ni dibina sekali dengan bilik air. Memudahkan pelanggan.. 

  

 

Di sini ada kemudahan tilam dan bantal sewa juga.. Kalau nak jimat, bolehlah bawa toto atau karpet.. Yang penting sila bawa selimut sendiri.. Selimut tidak disediakan oleh pihak chalet.


Bilik air dia luas.. Kalau tak puas mandi laut, ha mandi la dalam ni.. Hehehehe..



 Suasana pantai yang redup.. Chalet ni jauh sedikit dengan chalet yang lain.. Oleh itu, pengunjung rasa aman damai dan tenang sedikit..






Masa ni baru sampai.. Masing-masing tgh masukkan barang dan nak sediakan makan tengahari.




Mak dengan Opah lepak-lepak depan chalet sambil menikmati permandangan..




Permandangan daripada hadapan chalet kami..



Sebelum nak tunggu petang sikit untuk mandi laut, kami mengadakan aktiviti sukaneka.. Seronok sangat.. Terasa kembali macam budak-budak.. Hohoho.. Ibarat pantai tu kami yang punya..




Tengah nak atur kerusi untuk permainan rebut kerusi..




Kalau berminat dan nak tanya apa-apa soalan, sila hubungi En. Zakaria Lebai Said di talian 012-312 7708 atau 019-228 6501




Aktiviti malam.. Karaoke dan buat panggang ayam & ikan.. Tempat membakar ada disediakan.. Boleh disewa RM5 sehari..


 
Kononnye nak romantik, jalan-jalan tepi pantai pada waktu malam.. Nasib bawa lampu suluh.. Lau tak kena kepit dengan ketam batu.. Hehehe..

Memang puas hati lagi-lagi dapat berhibur bersama keluarga. Apa tunggu lagi?? Jom bercuti.. Babai..

::Hantu Kak Limah 2::

Assalamualaikum..
Siapa di sini dah tengok cerita Hantu Kak Limah balik rumah???
Hehehe, rata-rata mesti semua dah tengok kan.. Maklumlah, cerita tu memang top sangat-sangat. Pecah panggung.. Dengar-dengar tak lama lagi akan keluar cerita "Hantu Kak Limah 2 - Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit".. Ha, mesti tak sabar nak tengok kan..



Tak lama dah.. 7 Februari 2013 ni dah keluar kat panggung.. 


Pengarah: Mamat Khalid

Syarikat Penerbit: Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

Bahasa: Bahasa Melayu

kategori: Filem Cereka

Genre: Ngeri, Komedi

Klasifikasi: U - Untuk tontonan umum

Tarikh Tayangan: 07 Feb 2013



 Beberapa tahun selepas kejadian "Hantu Kak Limah" Husin telah bangkrap akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang.




Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang di landa Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM.




  Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui.


  
 Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya.




 Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.



Jadi, bersiap sedialah untuk menyerang pawagam berdekatan ok.
Babai..

:: Filem Hansel & Gretel Witch Hunter ::


Assalamualaikum..
Hari ni saya nak cerita sedikit tentang Filem terbaru yang tengah hangat ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 24 Januari 2013.

Hansel & Gretel Witch Hunter.. Filem ini diadaptasi daripada kisah novel kanak-kanak dahulu. Kalau ada yang ingat kisah ini dahulunya mengenai dua adik beradik yang sesat di dalam hutan beberapa hari sehingga mereka terjumpa sebuah rumah yang diperbuat daripada gula-gula.


Mereka yang tengah kelaparan telah memakan sedikit gula-gula tersebut dan akhirnya masuk ke dalam rumah tersebut. Tiba-tiba muncul seorang wanita tua yang merupakan seorang ahli sihir.. Wanita tua itu menangkap dan ingin memakan mereka.

 
 Walaubagaimanapun, Gretel berjaya melepaskan dirinya dan Hansel lalu membunuh wanita tua itu di dalam dapur yang sedang marak dengan api.


 Kalau kisah dulu, cerita ini habis setakat itu sahaja. Tetapi kali ini, di dalam filem Hansel & Gretel Witch Hunter, dua beradik ini telah menjadi Pemburu Ahli Sihir selepas kejadian yang menimpa mereka. Dalam masa beberapa tahun, mereka menjadi terkenal kerana kecekapan mereka menjejak & membunuh ahli sihir.

 

 Di suatu pekan, mereka diupah oleh Datuk Bandar untuk menyiasat kes kehilangan ramai kanak-kanak di pekan tersebut. Di sinilah kisahnya bermula. Pelbagai aksi dipaparkan. Di dalam kisah ini juga akhirnya Hansel & Gretel mendapat tahu tentang ibubapa mereka dahulu.


Pengarah : Tommy Wirkola
Pelakon : Jeremy Lee Renner, Gemma Arterton, Peter Stormare, Famke Janssen
Genre : Komedi, Seram, Aksi


 Klasifikasi: PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Maaf ye adik-adik.. Nak tengok, ajak mak ayah atau abg kakak atas umur 13 tahun tau.


Ini adalah salah sorang daripada ahli sihir dalam filem tersebut..


Hansel berlawan dengan ahli sihir kembar..


 Cerita ini memang menarik untuk ditonton lagi-lagi jika ditonton di pawagam.
Jom, ramai-ramai penuhkan panggung.. Selamat menonton..
Babai..