Wednesday 23 January 2013

:: Mee Ketam Kuala Lumpur ::

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak perkenalkan satu restoran yang menghidangkan Mee Ketam..
Alamat Restoran ni :
No. 11 Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B, 
Seksyen 7, 40, 000 Shah Alam Selangor 
(Bersebelahan Kompleks Universiti Selangor)




Walaupun nama restoran ini ada tertulis Kuala Lumpur, tetapi sebenarnya ianya berada di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Menu utama yang paling popular di Restoran ini adalah Mee Kari Ketam..



Selain daripada itu, ada juga menu-menu yang lain.  
Ha, tgk kat gambar bawah ni senarai menu yang ada selain Mee Kari Ketam..


Pelanggan boleh memilih jenis ketam mengikut saiz sama ada kecil, sederhana dan besar. Harganya  pula mengikut harga pasaran semasa  antara RM3 hingga RM18 bergantung kepada saiznya.



Restoran ini  dibuka setiap hari kecuali Hari Isnin.
Jumaat - Jam 5 petang hingga 10 malam. 


Cuma 1 je masalah Restoran ni.. Tempat duduk pelanggan tak banyak dan kedai terlalu sempit. Kalau ramai tu terpaksa la menunggu.. Ambil masa juga nak makan ketam ni kan.. Harap-Harap Pihak Pengurusan akan ambil langkah untuk elak pelanggan lari .. (nak lari apanye... sedap!! orang sanggup tunggu nak makan)... hehehe..


Untuk maklumat lanjut layari 

No comments:

Post a Comment