Friday 25 January 2013

:: Filem Hansel & Gretel Witch Hunter ::


Assalamualaikum..
Hari ni saya nak cerita sedikit tentang Filem terbaru yang tengah hangat ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 24 Januari 2013.

Hansel & Gretel Witch Hunter.. Filem ini diadaptasi daripada kisah novel kanak-kanak dahulu. Kalau ada yang ingat kisah ini dahulunya mengenai dua adik beradik yang sesat di dalam hutan beberapa hari sehingga mereka terjumpa sebuah rumah yang diperbuat daripada gula-gula.


Mereka yang tengah kelaparan telah memakan sedikit gula-gula tersebut dan akhirnya masuk ke dalam rumah tersebut. Tiba-tiba muncul seorang wanita tua yang merupakan seorang ahli sihir.. Wanita tua itu menangkap dan ingin memakan mereka.

 
 Walaubagaimanapun, Gretel berjaya melepaskan dirinya dan Hansel lalu membunuh wanita tua itu di dalam dapur yang sedang marak dengan api.


 Kalau kisah dulu, cerita ini habis setakat itu sahaja. Tetapi kali ini, di dalam filem Hansel & Gretel Witch Hunter, dua beradik ini telah menjadi Pemburu Ahli Sihir selepas kejadian yang menimpa mereka. Dalam masa beberapa tahun, mereka menjadi terkenal kerana kecekapan mereka menjejak & membunuh ahli sihir.

 

 Di suatu pekan, mereka diupah oleh Datuk Bandar untuk menyiasat kes kehilangan ramai kanak-kanak di pekan tersebut. Di sinilah kisahnya bermula. Pelbagai aksi dipaparkan. Di dalam kisah ini juga akhirnya Hansel & Gretel mendapat tahu tentang ibubapa mereka dahulu.


Pengarah : Tommy Wirkola
Pelakon : Jeremy Lee Renner, Gemma Arterton, Peter Stormare, Famke Janssen
Genre : Komedi, Seram, Aksi


 Klasifikasi: PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Maaf ye adik-adik.. Nak tengok, ajak mak ayah atau abg kakak atas umur 13 tahun tau.


Ini adalah salah sorang daripada ahli sihir dalam filem tersebut..


Hansel berlawan dengan ahli sihir kembar..


 Cerita ini memang menarik untuk ditonton lagi-lagi jika ditonton di pawagam.
Jom, ramai-ramai penuhkan panggung.. Selamat menonton..
Babai..




No comments:

Post a Comment